Sunday 17 August 2014

PERJALANAN DIETKU IV

Assalamualaikum..

Masih dalam mood Syawal..hihihihi

Setelah 3 minggu off diet, dan berat masih statik di 64kg, minggu ni nak start diet semula untuk dapatkan target weight 58kg menjelang AidilAdha.

Jadi ada lebih kurang 6 minggu untuk turunkan 6kg. Maknanya seminggu 1kg lah kan? Dah guna MyNet Diary Application, untuk turunkan 1kg seminggu, saya perlu consume 1200kCal sahaja sehari (sebab menyusu badan). 

Jadi target diet saya ialah 300kCal untuk breakfast, 400kCal untuk lunch dan dinner. Dan 100kCal lagi untuk coffee la kan (Miracle Slimming Coffee etc).

Jadi untuk breakfast, perlu ambil protein yang ringan lah atau kCal yang sikit. Contohnya macam telur, udang, ikan. Target protein mesti bawah 200kCal lah setiap kali makan. Pastu 100kCal lagi untuk campuran sayur/salad. Kali ni carbohidrat memang nak cut dulu, sebab kCal nya yang agak tinggi walaupun ambik sikit jer. Jadi Carbohidrat saya restrict kan untuk makan malam sahaja. Tu pun ambil 0.5 serving sahaja sekadar hilang rindu pada nasi. Jadi untuk dinner 200kCal untuk protein, 100kCal untuk nasi dan 100kCal untuk sayur.

Jadi untuk lunch pula peruntukan 400kCal tu adalah untuk protein 200kCal, sayur 100kCal dan 100kCal lagi untuk snack selepas tu samada kacang/buah. Jadi nak kena rancang betul2 buah apa yang bawah 100kCal, untuk memaksimakan jumlah yang boleh diambil. Setakat ni buah yang terbaik ialah jambu batu, tembikai, rasberry, delima, kurma, kismis.

Rasanya tu je lah perancangan setakat ni. Doakan semoga diet ni tak sangkut tengah jalan. Buat masa ni manis-manis tinggalkan dulu. Aiskrim, donut, kek, teh tarik, bye bye seketika..jumpa lepas 6 minggu yer..huhuhuhu sedihnya..

Walaupun on diet senaman dan weight training skit2 kena buat jgk, untuk tone kan badan yang dah lembik2..Selain tu, opa snow juga tak boleh tinggal, untuk cairkan lemak2 degil, baru lah tempat2 target dapat kurus dengan baik, especially paha dan perut.

Sama-sama kita tunggu hasilnya yer.

Kalau nak order slimming coffee atau opa snow boleh sms/whatsapp 014-5441066   bila2 masa sahaja 24/7

No comments:

Post a Comment