Sunday 3 August 2014

PERJALANAN DIET KU

Assalamualaikum..

Dah lama tak buat entry pasal barang2 jualan. Stok sentiasa ada insyaAllah..

Hari ni terpikir untuk berkongsi perjalanan diet saya. Setelah 100 hari berdiet, akhir nya BMI normal dapat dikecapi juga. Wohooo..
Ingatkn dah xde harapan dah setelah hampir 10 tahun bergelumang dalam dunia overweight dan obese.

Sebelum tu, mai intro dulu pasal kegemukan saya. Saya ni tinggi 161cm, berat masa anak dara 58-60kg. Tapi berat badan naik bila dah dapat anak. Biasa la kan, hormon dah tak sama macam anak dara lagi. 

Selepas kawin 3 bulan, saya pregnant anak pertama. Masa pregnant berat badan naik banyak, sehingga 79kg masa dekat2 nak bersalin. Masa tu belum pikir apa2 diet, sebab masih muda kan, baru 24 tahun. Lepas bersalin berat saya tak turun. Maintain sekitar 72-73kg. Masa tu dah mula risau dah. Macam2 saya buat untuk turunkan berat ke paras BMI normal, sekurang2nya 64kg baru cecah BMI normal. Macam2 senaman saya cuba, zumbalah, tai bo lah, aerobik lah, macam2 lah. Beli alat2 senaman jugak, dumbell, basikal, mcm2 lah yang dah x ingat namanya, tapi berat badan tetap maintain jer. Tak turun2. Kalau turun pun dalam 1kg, pastu naik balik 1kg. Makan dah pun control tapi tak nampak kesan. 

Bertahun-tahun cuba tapi tetap tak jadi. 2 tahun lepas tu pregnant pulak anak ke dua. Masa pregnant ni berat badan naik lagi sehingga cecah 80kg++ masa pregnant. Lepas bersalin berat maintain 75-76kg. Adoii naik lagi berat badan ni. Dah macam2 cuba, kali ni cuba herba2 plak. Belilah mcm2 herba kurus kat toko2 jamu. Yusmira, Dr Rozmi, Natasha dan macam2lah...Tapi masih macam tu jugak. Bersenam dan berjoging masih diteruskan. Tapi masih juga dok tahap yang sama. Tiba2 terpikir nak pegi slimming centre. Pegilah cuba nasib. Walaupun mahal, tapi tetap nak cuba sebab dah tak tahan dengan berat yang dah nak masuk fasa obese ni. Banyaklah duit terbuang begitu sahaja. Kurus tak de dalam pencapaian pun. Berat cuma turun beberapa kg jer. Tak puas hati pun. Membazir jer. Memang menyesal sebab tak pikir sebetulnya masa tu. Ikut nafsu jer. 😭😭😭

Selepas 2 tahun, pregnant pulak anak ke 3, kali ni berat masa pregnant naik lagi mencanak2. Berat terakhir masa pregnant 88-89kg. Lepas bersalin berat berada sekitar 81-82kg. Dah masuk kategori obese ni. Masa ni malas dah nak pikir pasal kurus. Biarkan ajer. Dah malas nak kusutkan kepala. Tapi makan tetap jaga, sebab tak nak berat naik plak. Cuma target untuk kurus tu dah berkubur.

Selepas hampir 3 tahun macam tu, tup tup ter pregnant la plak anak no 4. Adoiiii naik lagi berat ni. Macamana ni. Kali ni kena pikir pasal berat lagi. Lepas bersalin mesti naik melampau ni. Mula lah google2 pasal nak kurus, walaupun masa tu baru pregnant. Jadi dok plan lah nak makan apa masa pantang nanti, untuk turunkan berat badan. Kebetulan masa pregnant kali ni ada GDM plak, jadi terpaksa jumpa dietitien untuk jaga makan agar gula tak naik. Bila jumpa dietitien baru tahu rupanya saya selalu naik berat badan sebab banyak minum minuman bergula. Patutla diet tak jadi, rupanya air minuman tu puncanya. Ingatkan tak de kesan apa2 pada berat, sebab dah control makan. Masa pregnant kali ni berat tak naik banyak. Daripada 82 kg sebelum pregnant, naik 7 kg jer sepanjang pregnant tu. 


Ni gambar semasa 82kg tu. Sebelum pregnant anak ke4. Comel kan. 😥😅😅

Dan setelah menelaah dan mengkaji, saya dah plan dah apa nak dibuat sepanjang pantang 100 hari untuk dapatkan berat ideal. Nanti saya kongsikan dalam next entry. Sebelum tu meh tengok gambar selepas berpantang 100 hari, dan berat dah cecah 64kg.

Dah macam anak dara kan???
Seronok2.Hehehe.😆😆😆



No comments:

Post a Comment