Sunday 10 August 2014

PERJALANAN DIETKU III

Assalamualaikum..

Dah beberapa hari tak menulis.
Nak sambung cerita pasal diet saya.

Sebelum ni saya ada bagitau yang lepas habis pantang berat saya tak turun2, berada di antara 71-73kg sahaja. 

Setelah puas berfikir, akhirnya saya memohon nasihat encik google. Rupanya, bila diet dan control makan, kadangkala kita juga memerlukan makanan yang betul untuk tingkatkan metabolisme badan. Walaupun kita dah kira kalori atau dah kecilkan saiz hidangan, kadang kadang tubuh badan yang semakin berusia menyebabkan makanan itu tidak di tukar kepada tenaga seperti sepatutnya. Ataupun dalam pengiraan tu, mungkin kita tertinggal beberapa makanan yang lupa nak catat. Atau mungkin kita tersilap estimate. Yelah dengan mencongak, tak semestinya betul.

Oleh sebab lepas pantang tu, saya stop ambil miracle slimming coffee, sebab tak mak terlalu bergantung pada coffee tu. Jadi saya cuba cari applikasi yang boleh bantu saya kira dan rekod kalori makanan. 

Jadi, saya menggunakan applikasi MyDiet Diary untuk bantu kira kalori dan rekodkan menu setiap hari. Boasanya saya akan plan menu saya setiap malam, jadi esok dah tak perlu fikir apa yang nak makan keesokan harinya. Jadi bila kalori tu lebih, bolehla kurangkan mana yang perlu dan kalau ada menu yang nampak kurang menyihatkan, bolehla di buang sebelum di makan. 😅😅😅


Disamping itu saya juga guna bantuan Youtube untuk berzumba dengan lagu-lagu yang best. Alhamdulillah, target nak turunkan 4 kg bulan tersebut, tapi bila timbang, dah turun 6-7kg selepas 3 minggu sahaja. Sekarang berat saya 64kg dah.

Tapi perjalanan diet saya masih jauh.
Saya ingat nak rehat sekejap selama sebulan, untuk berhari raya. Dan akan sambung balik selepas raya. Tapi tetap nak pastikan berat tak naiklah sepanjang sebulan tu. Hihihi.
Nanti lepas raya, kita sambung balik untuk capai target berat 55-58kg menjelang raya haji.
Jom kurus.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

No comments:

Post a Comment