Friday 22 August 2014

OVI SPA

RENDAM KAKI JE, KURUS SELURUH BADAN !! 
OVI SPA ( 1 BOX : 10 PAKET ) 
1 BOX : RM85 + POS RM6SM /RM9SS


CARA PELANGSINGAN TERBARU KOREA --- OVISPA - RENDAM KAKI DAN KURUS SELURUH BADAN - Disyorkan oleh Prof. Kim, Han-Sil.


MADE IN : KOREA

Video Kak Huda cuba (MESTI TENGOK!!): http://www.youtube.com/watch?v=OCebpWwZ-F8

Apa akan berlaku selepas anda rendam kaki dalam air Ovispa mix ? Bebola Krystal yang berwarna purple itu untuk ape? Mengapa warna Ovispa nampak macam soup belacan? 

Hi sis2, selamat tengah hari~ Ada pelanggan kami yang tanya soalan ini semalam,kami boleh jawap sini ye Tapak kaki sis akan rasa berdenyut agak 10min sebab sel-sel meridian tapak kaki anda jadi aktif dan metabolisme badan akan akan bermula. Selepas 15min,badan anda akan rasa panas,dan anda akan mula berpeluh ~

Kegunaan bebulat crystal dalam OVISPA adalah untuk urutan tapak kaki ,dan mempercepat penyerapan toksin dan cecair lemak! 

Warna Ovispa nampak macam soup belacan sebab semua bahan-bahan yang diguna dalam OVISPA adalah jamu ,100% tidak ada sebarang bahan kimia,100% selamat diguna 

**PERHATIAN:

Pastikan anda "Kacau~kacau~kacau" Ovispa Footmix + Ovispa gel sebelum rendam kaki, akan lebih berkesan ye 

..................................................................................
"RENDAM KAKI SAJE,KURUS SELURUH BADAN! " 
Buang toksin & cecair lemak dengan cara berpeluh, tidak payah exercise! Turun 7-20kg dalam 30 hari dengan cara rendam kaki saje!

CARA GUNA: http://www.ovispa-kurus.com/p/cara-guna.html

Bosan dengan cara slimming guna produk makan,minum & sapu? Rendam kaki,kurus badan adalah trend terkini !

6 Faedah Menakjubkan menggunakan Ovispa

1 , Keselesaan Sama seperti sebuah Refleksologi Kaki Aromatik ;

Ovispa membentangkan kaedah menguruskan badan dengan cara baru yang paling selesa dan mewah. Selami dan menikmati kelonggaran yang hangat untuk spa kaki yang selesa semasa musim sejuk.

2 , Keberkesanan Tinggi, Hasil yang Cepat;

Jangan memandang rendah keberkesanannya ! Ovispa adalah gabungan rahsia bertindak pantas melalui titik meridian kaki dan juga meningkatkan metabolisma dalam badan! Keputusan adalah lebih cepat dan lebih mudah untuk dicapai daripada kaedah konvensional !

3 , Tahap 5 Bintang untuk Kesihatan dan Keselamatan;

Tujuan utama untuk menguruskan badan adalah untuk menjadi sihat dan cantik. Dalam kebanyakan kes kesihatan lebih banyak berlaku dan tindak baik berlaku terutama apabila pil diet dimakan. Ovispa tidak akan memasuki perut, tidak akan mendatangkan mudarat dibahagian hati dan buah pinggang. Ia produk yang mesra dan layak diberi 5 Bintang penuh!

4, Kos berpatutan, Berkongsi adalah Keprihatinan

Satu mangkuk Ovispa boleh dikongsi antara pasangan suami dan isteri. Mereka boleh berkongsi samada satu tab atau bergilir-gilir, kedua-dua akan berkongsi keputusan yang sama. Berbaloi dengan sama nilai.

5, Mudah dengan 2 dalam 1 - Slimming & Whitening

Membaca buku dan mendengar muzik sambil menikmati spa kecantikan 2 dalam 1. Ia amat mudah dan tidak akan menganggu rutin harian anda! Hanya ingat untuk menyapu losyen pelembab selepas penggunaan Ovispa dan akan secara beransur-ansur melihat kesan perubahan dalam diri anda!

LANGKAH-LANGKAH GUNA

1) Masukkan satu pek 'OVISPA - KURUS RENDAM KAKI' foot Mix, dan 5g ( satu sudu teh ) Krim 'OVISPA - KURUS RENDAM KAKI' ke dalam besen.

2) Masukkan air panas bersuhu sekurang-kurangnya 45 ° C. Air panas diperlukan untuk kesan yang lebih baik. Anda akan melihat pembentukan kristal-kristal kecil yang bulat semasa proses tersebut.

3) Letakkan kedua-dua kaki ke dalam besen di atas Kristal-kristal bulat tersebut. Satu gelombang haba boleh dirasai dari tapak kaki merebak ke seluruh badan.

4) Selepas 30 minit, lap kedua-dua kaki anda menggunakan tuala kering dan sapukan krim pelembab harian anda.

Nota: Berpeluh sedikit adalah biasa semasa proses tersebut. Jangan tambah air lebih panas jika ia sejuk sebelum waktu proses tamat untuk keberkesanan yang lebih baik.



Sunday 17 August 2014

PERJALANAN DIETKU IV

Assalamualaikum..

Masih dalam mood Syawal..hihihihi

Setelah 3 minggu off diet, dan berat masih statik di 64kg, minggu ni nak start diet semula untuk dapatkan target weight 58kg menjelang AidilAdha.

Jadi ada lebih kurang 6 minggu untuk turunkan 6kg. Maknanya seminggu 1kg lah kan? Dah guna MyNet Diary Application, untuk turunkan 1kg seminggu, saya perlu consume 1200kCal sahaja sehari (sebab menyusu badan). 

Jadi target diet saya ialah 300kCal untuk breakfast, 400kCal untuk lunch dan dinner. Dan 100kCal lagi untuk coffee la kan (Miracle Slimming Coffee etc).

Jadi untuk breakfast, perlu ambil protein yang ringan lah atau kCal yang sikit. Contohnya macam telur, udang, ikan. Target protein mesti bawah 200kCal lah setiap kali makan. Pastu 100kCal lagi untuk campuran sayur/salad. Kali ni carbohidrat memang nak cut dulu, sebab kCal nya yang agak tinggi walaupun ambik sikit jer. Jadi Carbohidrat saya restrict kan untuk makan malam sahaja. Tu pun ambil 0.5 serving sahaja sekadar hilang rindu pada nasi. Jadi untuk dinner 200kCal untuk protein, 100kCal untuk nasi dan 100kCal untuk sayur.

Jadi untuk lunch pula peruntukan 400kCal tu adalah untuk protein 200kCal, sayur 100kCal dan 100kCal lagi untuk snack selepas tu samada kacang/buah. Jadi nak kena rancang betul2 buah apa yang bawah 100kCal, untuk memaksimakan jumlah yang boleh diambil. Setakat ni buah yang terbaik ialah jambu batu, tembikai, rasberry, delima, kurma, kismis.

Rasanya tu je lah perancangan setakat ni. Doakan semoga diet ni tak sangkut tengah jalan. Buat masa ni manis-manis tinggalkan dulu. Aiskrim, donut, kek, teh tarik, bye bye seketika..jumpa lepas 6 minggu yer..huhuhuhu sedihnya..

Walaupun on diet senaman dan weight training skit2 kena buat jgk, untuk tone kan badan yang dah lembik2..Selain tu, opa snow juga tak boleh tinggal, untuk cairkan lemak2 degil, baru lah tempat2 target dapat kurus dengan baik, especially paha dan perut.

Sama-sama kita tunggu hasilnya yer.

Kalau nak order slimming coffee atau opa snow boleh sms/whatsapp 014-5441066   bila2 masa sahaja 24/7

Sunday 10 August 2014

PERJALANAN DIETKU III

Assalamualaikum..

Dah beberapa hari tak menulis.
Nak sambung cerita pasal diet saya.

Sebelum ni saya ada bagitau yang lepas habis pantang berat saya tak turun2, berada di antara 71-73kg sahaja. 

Setelah puas berfikir, akhirnya saya memohon nasihat encik google. Rupanya, bila diet dan control makan, kadangkala kita juga memerlukan makanan yang betul untuk tingkatkan metabolisme badan. Walaupun kita dah kira kalori atau dah kecilkan saiz hidangan, kadang kadang tubuh badan yang semakin berusia menyebabkan makanan itu tidak di tukar kepada tenaga seperti sepatutnya. Ataupun dalam pengiraan tu, mungkin kita tertinggal beberapa makanan yang lupa nak catat. Atau mungkin kita tersilap estimate. Yelah dengan mencongak, tak semestinya betul.

Oleh sebab lepas pantang tu, saya stop ambil miracle slimming coffee, sebab tak mak terlalu bergantung pada coffee tu. Jadi saya cuba cari applikasi yang boleh bantu saya kira dan rekod kalori makanan. 

Jadi, saya menggunakan applikasi MyDiet Diary untuk bantu kira kalori dan rekodkan menu setiap hari. Boasanya saya akan plan menu saya setiap malam, jadi esok dah tak perlu fikir apa yang nak makan keesokan harinya. Jadi bila kalori tu lebih, bolehla kurangkan mana yang perlu dan kalau ada menu yang nampak kurang menyihatkan, bolehla di buang sebelum di makan. πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…


Disamping itu saya juga guna bantuan Youtube untuk berzumba dengan lagu-lagu yang best. Alhamdulillah, target nak turunkan 4 kg bulan tersebut, tapi bila timbang, dah turun 6-7kg selepas 3 minggu sahaja. Sekarang berat saya 64kg dah.

Tapi perjalanan diet saya masih jauh.
Saya ingat nak rehat sekejap selama sebulan, untuk berhari raya. Dan akan sambung balik selepas raya. Tapi tetap nak pastikan berat tak naiklah sepanjang sebulan tu. Hihihi.
Nanti lepas raya, kita sambung balik untuk capai target berat 55-58kg menjelang raya haji.
Jom kurus.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Monday 4 August 2014

PERJALANAN DIETKU II

Assalamualaikum..

Bersambung lagi yer daripada intro dan asal usul kegemukkanku. Kali ni saya kongsikan bagaimana saya kuruskan badan sepanjang tempoh berpantang.

Semasa pregnant, banyak lah saya survey produk2 berpantang, testimoni pengguna dan macam2 lagilah...Setelah berbulan2, dok survey2 dan google2, akhirnya saya dah plan apa nak guna untuk berpantang bagi mendapatkan balik berat ideal.

Pertama, untuk set pantang, saya guna produk nona roguy. Saya cuma beli Phytonatal dan Teh herbanika jer, sebab yang lain2 dalam tu biasa2 jer. Bengkung pun dah ada 2..daripada previous pregnancy.
Dan saya tambah bengkung moden juga (Bamboo slim suit) untuk bagi ketat2 semua kulit2 yang menggeleber. Saya pakai bengkung untuk 10 hari pertama dan hari seterusnya saya guna bamboo suit ni.



Untuk nak kuruskan badan, saya ambik Miracle slimming coffee untuk tambahkan metabolisme badan dan speed up fat burning process. Sebab kopi ni ada kandungan Garcinia Cambogia yang boleh increase metabolisme.


Saya tak ambil setiap hari, cuma minum sikit bila rasa nak minum coffee. Maklumla saya memang hantu coffee. Tapi sebab masih dalam pantang dan menyusu badan, tak boleh lah nak ambil ikut suka hati kan. Tapi coffee ni memang sangat sedap. Rasa macam lattee dan cappucino gitu. Memang suka minum. Lepas habis pantang 44 hari, baru start minum setiap pagi, before breakfast.

Untuk dapatkan shape menarik, selain berbengkung, saya juga tambah krim Opa Snow..untuk kecilkan mana yang besar. Paha saya memang saiz over daripada biasa, so mmg nak sangat kecilkan bahagian tu. 


Pakai ni memang best, paha dan perut cepat mengecil. Sekarang paha dah tak besar lagi. Mak saya pun terkejut, sebab dia tahu paha saya ni memang azali besar sejak anak dara lagi. Yehuuuu!!

Okay dipendekkan cerita, setelah sebulan berpantang dan berdiet..Masa check up 30 hari lepas bersalin pun tiba, memang terkezut beruk. Bajet masa tu berat saya akan berada antara 77-78kg. Tapi rupanya dah turun kepada 73kg. Macam mimpi jer. Tiga kali turun naik penimbang. Tak pernah dalam hayat ni turun sebanyak tu. Biasanya lepas pantang mesti maintain berat pregnant minus the baby lah. Ni dah turun kepada berat masa dapat anak sulong dulu. Macam tak percaya jer. Dah lama tak nampak angka 7x kat penimbang. Huhuhuhu

Jadi, memang terus termotivasi lah untuk kurus. Saya teruskan rutin dan misi macam biasa cuma bengkung dah ditukar kepada bengkung moden (bamboo slim suit) plak. Kali ni aim nak dapatkan berat ideal 64kg untuk turun kepada BMI normal.

Bulan seterusnya timbang lagi, tapi dah tak turun banyak macam sebelum ni. Mungkin sebab dah habis pantang, jadi main bantai je makan. Berat 71kg. Agak sedih jugak sebab aim nak tengok angka 6 kat penimbang belum tercapai. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Nak tahu apa langkah seterusnya?
Tunggu next entry yer.

Oh ye, jangan lupa, semua yang kat atas tu saya ada jual yer. Bila dah cuba sendiri, mesti kena share kan. Bagi orang lain cuba jugak. 
Nak order boleh sms/whatsapp: 014-5441066

πŸŒ€Saya jual pada harga murah2 jer
Opa Snow: RM50/botol atau RM140/3botol
Bamboo Slimming Suit: RM40/suit atau RM70/2suit
Miracle Slimming Coffee: RM70/jar atau RM130/2jar

πŸŒ€Postage FREE 

JIKA BERMINAT, BOleh buat bayaran ke akaun
Norzulaili Md Shalleh
Maybank: 162263453732 
Bank Islam: 12029020731637

Email: zue212@yahoo.com, 
no telefon: 014-5441066

Selepas bayaran diterima, barang akan dipos (Isnin-Jumaat). Maklumkan payment anda melalui sms/whatsapp yer. Barang insyaAllah akan terus pos within 24 hours.

Wassalam





Sunday 3 August 2014

PERJALANAN DIET KU

Assalamualaikum..

Dah lama tak buat entry pasal barang2 jualan. Stok sentiasa ada insyaAllah..

Hari ni terpikir untuk berkongsi perjalanan diet saya. Setelah 100 hari berdiet, akhir nya BMI normal dapat dikecapi juga. Wohooo..
Ingatkn dah xde harapan dah setelah hampir 10 tahun bergelumang dalam dunia overweight dan obese.

Sebelum tu, mai intro dulu pasal kegemukan saya. Saya ni tinggi 161cm, berat masa anak dara 58-60kg. Tapi berat badan naik bila dah dapat anak. Biasa la kan, hormon dah tak sama macam anak dara lagi. 

Selepas kawin 3 bulan, saya pregnant anak pertama. Masa pregnant berat badan naik banyak, sehingga 79kg masa dekat2 nak bersalin. Masa tu belum pikir apa2 diet, sebab masih muda kan, baru 24 tahun. Lepas bersalin berat saya tak turun. Maintain sekitar 72-73kg. Masa tu dah mula risau dah. Macam2 saya buat untuk turunkan berat ke paras BMI normal, sekurang2nya 64kg baru cecah BMI normal. Macam2 senaman saya cuba, zumbalah, tai bo lah, aerobik lah, macam2 lah. Beli alat2 senaman jugak, dumbell, basikal, mcm2 lah yang dah x ingat namanya, tapi berat badan tetap maintain jer. Tak turun2. Kalau turun pun dalam 1kg, pastu naik balik 1kg. Makan dah pun control tapi tak nampak kesan. 

Bertahun-tahun cuba tapi tetap tak jadi. 2 tahun lepas tu pregnant pulak anak ke dua. Masa pregnant ni berat badan naik lagi sehingga cecah 80kg++ masa pregnant. Lepas bersalin berat maintain 75-76kg. Adoii naik lagi berat badan ni. Dah macam2 cuba, kali ni cuba herba2 plak. Belilah mcm2 herba kurus kat toko2 jamu. Yusmira, Dr Rozmi, Natasha dan macam2lah...Tapi masih macam tu jugak. Bersenam dan berjoging masih diteruskan. Tapi masih juga dok tahap yang sama. Tiba2 terpikir nak pegi slimming centre. Pegilah cuba nasib. Walaupun mahal, tapi tetap nak cuba sebab dah tak tahan dengan berat yang dah nak masuk fasa obese ni. Banyaklah duit terbuang begitu sahaja. Kurus tak de dalam pencapaian pun. Berat cuma turun beberapa kg jer. Tak puas hati pun. Membazir jer. Memang menyesal sebab tak pikir sebetulnya masa tu. Ikut nafsu jer. 😭😭😭

Selepas 2 tahun, pregnant pulak anak ke 3, kali ni berat masa pregnant naik lagi mencanak2. Berat terakhir masa pregnant 88-89kg. Lepas bersalin berat berada sekitar 81-82kg. Dah masuk kategori obese ni. Masa ni malas dah nak pikir pasal kurus. Biarkan ajer. Dah malas nak kusutkan kepala. Tapi makan tetap jaga, sebab tak nak berat naik plak. Cuma target untuk kurus tu dah berkubur.

Selepas hampir 3 tahun macam tu, tup tup ter pregnant la plak anak no 4. Adoiiii naik lagi berat ni. Macamana ni. Kali ni kena pikir pasal berat lagi. Lepas bersalin mesti naik melampau ni. Mula lah google2 pasal nak kurus, walaupun masa tu baru pregnant. Jadi dok plan lah nak makan apa masa pantang nanti, untuk turunkan berat badan. Kebetulan masa pregnant kali ni ada GDM plak, jadi terpaksa jumpa dietitien untuk jaga makan agar gula tak naik. Bila jumpa dietitien baru tahu rupanya saya selalu naik berat badan sebab banyak minum minuman bergula. Patutla diet tak jadi, rupanya air minuman tu puncanya. Ingatkan tak de kesan apa2 pada berat, sebab dah control makan. Masa pregnant kali ni berat tak naik banyak. Daripada 82 kg sebelum pregnant, naik 7 kg jer sepanjang pregnant tu. 


Ni gambar semasa 82kg tu. Sebelum pregnant anak ke4. Comel kan. πŸ˜₯πŸ˜…πŸ˜…

Dan setelah menelaah dan mengkaji, saya dah plan dah apa nak dibuat sepanjang pantang 100 hari untuk dapatkan berat ideal. Nanti saya kongsikan dalam next entry. Sebelum tu meh tengok gambar selepas berpantang 100 hari, dan berat dah cecah 64kg.

Dah macam anak dara kan???
Seronok2.Hehehe.πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†