Monday 19 August 2013

Senggugut dan cara atasinya

Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS.

Faktor berlakunya PMS ini ialah
  • Pengambilan kafin tinggi
  • Tekanan mungkin menimbulkan keadaan (stress)
  • Peningkatan usia
  • Sejarah kemurungan
  • Penggunaan tembakau
  • Sejarah keluarga
  • Faktor permakanan (Aras rendah vitamin dan galian tertentu, terutama magnesium, manganese, dan vitamin E)

Sejarah keluarga sering kali merupakan petunjuk baik bagi kemungkinan sindrom prehaid; kajian mendapati bahawa kehadiran PMS adalah dua kali ganda lebih tinggi dikalangan kembar seiras berbanding kembar sebapa.

Sungguhpun kehadiran sindrom prehaid adalah tinggi dikalangan wanita dengan masaalah affective (affective disorders) seperti kemurungan dan masaalah bipolar, kaitan punca tidak dapat dipastikan.

Vitamin B turut didakwa mampu membantu dengan menstabilkan emosi.


Rawatan yang disarankan:

1. Kajian perubahan permakanan menunjukkan bahawa tambahan kalsium (1200 mg/h miligram/sehari) mungkin membantu. 

2. Juga (400 IU/d) vitamin E telah menunjukkan keberkesanan. 

3. Sejumlah rawatan lain juga telah dicadangkan, sungguhpun kajian mengenai rawatan tersebut tidak mengesahkan setakat ini; Vitamin B6, magnesium, manganese dantryptophan.

4. Minyak Evening Primrose, yang mengandungi asid gamma-Linolenik (gamma-Linolenic acid - GLA), telah dicadangkan tetapi tiada bukti saintifik.

Sumber: wikipedia


Di dalam Shaklee, kami mencadangkan pengambilan GLA kompleks + Vitamin E kompleks + Vitamin B kompleks untuk mengatasi masalah senggugut ini.





No comments:

Post a Comment