Sunday 18 August 2013

Amalan dan doa mudah hamil

Khusus bagi Wanita yang sukar untuk mendapat cahaya mata. Ada yang sampai 7 atau 8 tahun berkahwin baru dapat menimang cahayamata. Yang selalu berusaha tapi masih belum berhasil, jangan putus asa. Ikhtiar itu penting dengan mendapat rawatan dari pegawai perubatan. Mungkin juga belum sampai masanya nak menimang cahayamata. InsyaAllah berdoalah kepada Allah SWT supaya dikurniakan zuriat.

Doa ini diantara yang baik diamalkan kepada wanita yang ingin menimang cahayamata. InsyaAllah dengan mengamalkan dan dengan izin-Nya boleh merubahkan segalanya. Yang penting keyakinan kekuasaan-Nya dalam menyembuhkan.

Cara-caranya: 

Sebelum memulakan bacaan: 

1. Istighfar 10x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.
5. Doa Untuk Mendapat zuriat. (setiap kali selepas solat) - Surah Al anbiyaa ayat 89, dan Surah Ali Imran ayat 38
6. Doa Mudah hamil (Surah Al-Anbiyaa: Ayat 30) - 11x

Sediakan botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca "Doa Kesuburan" maka ditiupkan kepada air tersebut. Minum air bacaan setiap hari. Sapu air pada bahagian bawah pusat ke turun kebawah dengan air ini sebanyak tiga (3) kali sambil membaca "Doa Kesuburan". InsyaAllah pada bahagian yang bermasalah akan pulih dengan izin-Nya. Jika ada yang tersumbat maka akan terbuka saluran tersebut.

No comments:

Post a Comment