Wednesday 2 October 2013

Kolagen

Pada usia awal 20-an, terdapat pertumbuhan kolagen yang aktif bagi menyokong pertumbuhan struktur badan dan menggalakkan perkembangan otot, tendon serta ligamen. Ia digunakan untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuhan ini serta mengaktifkan penjanaan semula sel badan baru. Apabila usia menjangkau 25 tahun ke atas, kolagen mula menyusut dalam badan pada kadar 1.5 peratus setahun dan sehingga usia mencecah 45 tahun, badan kita dijangka kehilangan sebanyak 30 peratus daripada kolagen semulajadi.

Kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai perekat dalam badan dan lebih kurang satu per tiga daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen.

Fungsi kolagen adalah memberikan struktur kepada badan, melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan.

Kebaikan kolagen bukan sahaja pada wajah tetapi juga kepada kesihatan tubuh badan kita ..

Kolagen bagus untuk kulit kerana..
Ianya membantu mengembalikan keremajaan kulit dan seterusnya mencantikan kulit dengan menghilangkan pigmentasi, mengecilkan pori-pori kulit dan mengurangkan jeragat juga.

Sekarang ini Kolagen telah menjadi ramuan lazim yang terkandung dalam kebanyakan produk kecantikan untuk awet muda dan menjadi pilihan utama wanita pada masa kini. Kolagen yang paling berkesan ialah kolagen yang diminum berbanding kolagen yang dijadikan krim dan diserap ke dalam kulit. 

No comments:

Post a Comment