Thursday 18 July 2013

Soal Jawab

Luka Sembuh Dengan Cepat

Oleh: Editorial PaMa
Tarikh: July 4, 2013

Soalan:

Saya melahirkan anak melalui pembedahan caesarean. Ketika berpantang, saya mengambil minuman pati ikan haruan. Apakah suplemen yang perlu diambil selepas berpantang untuk memastikan luka dalaman dan luaran sembuh dengan cepat?



Jawapan: 

Luka akibat pembedahan memerlukan masa untuk sembuh sepenuhnya. Walau bagaimanapun terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan bagi memastikan luka tersebut sembuh dengan baik dan cepat. Selain daripada mengamalkan minuman pati ikan haruan, ibu digalakkan mengambil pati gamat bersama-sama vitamin E.

Untuk lebih berkesan, penggunaan girdle bagi mengurangkan regangan pada kawasan pembedahan yang mungkin boleh melambatkan penyembuhan pada kawasan luka pembedahan digalakkan.

No comments:

Post a Comment