Wednesday 31 July 2013

Advanced Joint Health Tablet (AJHT) Shaklee

 
Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendisendi. 

Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

Ekstrak Boswellia - Menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.
Ekstrak Boswellia adalah gum resin dari pokok Boswellia serrate. Ekstrak Boswellia digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong kesihatan sendi sejak berkurun lamanya. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi. AKBA menyokong kesihatan sendi dengan menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi.

Ekstrak Jagung - Membantu mengekalkan tulang rawan.
Ekstrak Jagung membekalkan satu sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi untuk meningkatkan sokongan kusyen sendi dan pemeliharaan tulang rawan. Glukosamina adalah blok binaan utama bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melicirkan sendi. Glukosamina juga ditemui dalam tendon dan ligamen. Namun, semakin tubuh menua, jumlah glukosimina yang dihasilkan oleh tubuh semakin merosot. Banyak kajian yang diterbitkan menunjukkan yang suplimen ekstrak jagung dapat menggalakkan kelenturan, pergerakan bebas dan menjadikan sendi lebih fleksibel. Dan lagi, kajian bertahun-tahun juga mengesyorkan yang suplimen ekstrak jagung dapat menyumbang kepada kesihatan sendi dalam jangkamasa panjang.

Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C - Nutrien penting dalam kesihatan sendi.
Ianya membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhadap sendi.

Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yagn mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.
Pengidap arthritis, sakit sendi dan osteoporosis.

Untuk maklumat lanjut atau order, boleh hubungi saya: 014-5441066 (zulaili)


No comments:

Post a Comment