Tip Atasi Anak Sembelit
Sembelit adalah gangguan pencernaan yang turut dialami oleh kanak-kanak. Kanak-kanak akan kurang atau sukar membuang air besar.
Sembelit pada kanak-kanak juga disebabkan oleh pengambilan susu yang berlebihan, kurang pengambilan serat kerana kanak-kanak tidak suka makan sayur atau kurang minum air putih. Sembelit akan membuatkan kanak-kanak mengalami kesakitan ketika mengeluarkan kotoran najis.
TIP MUDAH
· Makan makanan yang kaya dengan serat
· Minum air putih dengan banyak.
· Kurangkan makanan segera.
· Penyediaan makanan dengan cara yang bersih.
· Basuh tangan sebelum makan dan minum.
Oleh: Editorial PaMa
Tarikh: July 13, 2013
No comments:
Post a Comment