Thursday 9 October 2014

PERJALANAN DIETKU V

Assalamualaikum... Lama tak menulis kan.. Macamana dengan diet saya yer??? Haaa keputusannya, sekarang berat saya 59kg, lebih 1kg daripada target weight 58kg. Oklah kan..huhuhuhu Balik raya kali ni ramai yang tanya macamana saya kuruskan badan. Yelah sape tak terkezut dah hampir 22kg saya turun. Ni saya kira penurunan berat sebelum pregnant yer. Klu campur time pregnant dah 30kg saya turun. Sebenarnya dah lama nak turunkan berat, macam2 cara saya cuba. Makan dah kurangkan, tapi masih macam tu jgk. Setiap kali pregnant mesti saya akan kekalkan berat mengandung selepas habis pantang. Kenapa susah nak kurus? sebab cara yang salah. 

Sekarang saya akan listkan kesalahan diet yang saya lakukan selama ni. 
 1. Dah kurangkan nasi, tapi kurang setakat mana? saya tak pernah kira. itu salah. sepatutnya kena tahu portion yang sesuai. Berapa kalori yang diambil setiap kali makan.
2. Saya suka sangat minum kopi. Macam2 perasa. Tapi tak pernah ambik tahu berapa kalori kopi tu. Itu juga salah. sebab krimer, susu pekat mengandungi byk kalori yg xdiperlukan pun sebenarnya. 
3. Makan tengahari dan malam, mesti saya akan ambil bersama minuman manis. Satu lagi kesalahan. Banyak kalori dalam minuman bergula. 
4. Bersenam, tapi menganggap senaman akan membakar banyak kalori, jadi boleh makan lebih untuk hari tersebut. Salah juga. Kalau setakat bersenam setengah jam baru 200-300 kalori yang kita bakar. Tak cukup nak cover sepinggan nasik pun. 

So ape perlu kita buat? Ini langkah mudah yang boleh dicuba...

1. Download applikasi yang boleh kira portion/serving makanan yang kita ambil.
2. Catat apa yang diambil/makan setiap kali makan. Jangan ada yang tertinggal.
3. Applikasi tu akan kira nilai kalori yang dah diambil, jadi kita boleh stop bila kalori harian kita dah capai.
4. Yang paling bagus, rancang awal-awal apa yang kita nak makan, jadi boleh bajet kat mana nak kurangkan dan kat mana boleh top up.

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment