Sunday 8 September 2013

Kebaikan susu ibu

Sekarang pihak kerajaan dan badan-badan NGO begitu giat mempromosikan breastfeeding.
Bukan sahaja di Malaysia, malah di negara-negara lain juga begitu giat menggalakkan breastfeeding dan menyediakan tempat-tempat penyusuan di kawasan-kawasan awam bagi memudahkan ibu-ibu menyusukan bayi mereka. 

Kenapa perkara ini begitu dititik beratkan? Mari kita lihat kebaikan menyusu kepada ibu dan bayi.

Menyusukan bayi dan kebaikannya kepada ibu:

# Menjimatkan masa dan wang. Kerana anda tidak lagi perlu membeli susu formula dan menyediakan susu kepada bayi. Terutamanya penyusuan di waktu malam akan bertambah mudah tanpa perlu mengganggu waktu tidur anda.

# boleh membakar lebih banyak kalori, jadi dapat membantu mengurangkan berat badan secara semulajadi

# menyusu juga membebaskan hormon oxytocin yang boleh membantu mengembalikan uterus kepada saiz asal sebelum mengandung dengan lebih cepat. Juga dapat mengurangkan pendarahan uterine selepas bersalin

# ia juga turut menurunkan risiko penyakin breast cancer dan ovarian cancer dan juga osteoporosis

Kebaikan penyusuan susu ibu kepada bayi akan saya sambung dalam artikel seterusnya.

No comments:

Post a Comment