Thursday, 28 November 2013

Kaya sebenar

mengkayakan hati

Semua orang mengidamkan kekayaan. Apakah erti kaya yang sebenarnya.

Dalam satu hadis Nabi SAW yang diriwayatkan Bukhari:

Yang dikatakan kaya itu bukanlah kerana banyak harta benda, tetapi sebenar-benar kaya ialah kaya jiwa (hati)”.

Kekayaan jiwa adalah kekayaan hakiki. Tidak ramai yang mempunyai kekayaan harta memiliki kekayaan jiwa. Kaya jiwa apabila imannya kukuh, hatinya kental dalam apa juga keadaan.

Bila seseorang itu kaya hati, miskin atau kaya keadaannya sama sahaja. Sama sekali tidak menyusahkan hatinya atau menggugatkan jiwanya.

Bagaimana untuk kita mengkayakan jiwa kita itu?

Banyak caranya. Tetapi dibawah saya huraikan 6 perkara asas untuk mencapai kekayaan jiwa dalam kehidupan

1. Sentiasa  Bersyukur

Ini adalah tabiat istimewa yang boleh mengubah hidup menjadi lebih baik. Bahkan Islam mendorong kita bersyukur tidak hanya untuk perkara yang baik-baik, tetapi juga dalam menghadapi kesusahan dan hari-hari yang terburuk.

Memang sukar untuk bersyukur, namun kita boleh belajar secara bertahap. Mulailah mensyukuri kehidupan, mensyukuri kesihatan, keluarga, sahabat dan sebagainya.

Lama – kelamaan kita akan boleh bersyukur bila berhadapan dengan kesusahan dan situasi yang buruk.

2. Selalu berfikiran positif.

Hidup kita dibentuk oleh apa yang paling sering kita fikirkan. Kalau kita selalu berfikiran positif, maka kita akan lebih cenderung untuk mempunyai peribadi yang yang positif.

Ia akan mengarahkan kepada kebenaran, kebaikan, kasih sayang, harapan dan kebahagiaan di dalam hati

3. Mendahulukan perkara yang penting

Apa sahaja yang perkara yang  paling penting, dahulukanlah! Jangan biarkan hidup terjebak dalam perkara-perkara yang tidak penting sementara hal-hal yang penting pula terabai.

Mulailah memilih mana perkara yang penting dan mana yang tidak. Tabiat mendahulukan yang penting akan membuat hidup lebih efektif dan produktif dan meningkatkan keyakinan diri secara tidak langsung

4. Tidak berlengah untuk bertindak.

Bila kita sudah mempunyai pengetahuan, sudah mempunyai tujuan yang hendak dicapai dan sudah tahu mengenai apa yang harus dilakukan, maka langkah selanjutnya adalah bertindak.

Biasakan diri untuk menghargai waktu. Lawanlah rasa malas dengan jadikan diri lebih aktif. Banyak orang yang gagal dalam hidup kerana hanya mempunyai impian dan hanya mempunyai tujuan tetapi tak mahu melangkah.

5. Menabur Benih Kebaikan

Prinsip menabur benih ini sentiasa berlaku dalam kehidupan. Pada waktunya kita akan menuai yang apa yang kita taburkan.

Bayangkan betapa kayanya hidup bila kita selalu menebarkan benih ‘kebaikan’. Tetapi sebaliknya, betapa miskinnya kita bila selalu menabur keburukan.

6. Hiduplah dengan jujur.

Tanpa kejujuran, kita akan merosakkan harga diri dan masa depan. Mulailah membiasakan diri bersikap jujur, tidak sahaja kepada diri sendiri tetapi juga terhadap orang lain.

Jika anda sudah terbiasa berbohong, itu adalah masalah. Berusahalah untuk menguruskanlah sikap suka berbohong itu sedikit demi sedikit.

Percayalah anda juga akan sakit hati bila satu hari nanti anak-anak anda pula akan membohongi anda!

Monday, 25 November 2013

Amalan baik untuk ibu mengandung

Sikap dan tingkah laku si ibu boleh diwarisi oleh si anak di dalam kandungan? Sejauh mana kebenarannya? Dan apa yang harus saya lakukan agar dikurniakan cahaya mata yang cerdik, cantik dan berakhlak mulia? Jom singkap antara amalan terbaik yang wajar diamalkan oleh si ibu sepanjang tempoh kehamilannya bersama wartawan Siti Farhana Adenan.

1. Didikan Di Alam Rahim
Para pakar perubatan sependapat bahawa anak-anak boleh dididik menjadi cerdik dan berakhlak mulia sejak ia berada di alam rahim lagi. Apabila janin meningkat usia empat bulan, si ibu mestilah mengawasi setiap tindak tanduknya kerana pada tempoh tersebut Allah SWT telah meniupkan roh ke atas janin yang dikandunginya. Pada waktu inilah janin sudah boleh mendengar dan mengamati suasana persekitaran yang berlaku.

Dalam usaha melahirkan anak yang patuh mendengar kata ibu dan ayah, si ibu perlulah menunjukkan contoh yang baik ini sejak dari awal lagi. Patuh mentaati perintah Allah swt dan taat pada suami dan Insya-Allah, anak yang lahir nanti akan turut mewarisi sifat tersebut.

2. Jaga Tingkah Laku
Ketika hamil emosi si ibu memang tidak stabil dan mudah marah. Namun si ibu perlu bijak mengawal emosi dengan menjaga tutur kata dan tingkah laku agar tidak menunjukkan akhlak yang buruk. Anak di dalam kandungan sentiasa mendengar suara persekitarannya. Jadi, tuturkan dan dengarkanlah perkara-perkara kebaikan sepanjang kehamilan anda. Tujuannya, agar si anak dapat mendengarinya sekali gus mewarisi sifat-sifat kebaikan itu.

3. Beribadah
Apabila si ibu dan ayah rajin beribadah, insya-Allah si anak juga akan mewarisi sifat itu. Si anak yang dilahirkan dalam suasana tetap beribadah akan menunjukkan kesungguhannya untuk bersembahyang dan sensitif dengan kalimah Tuhan apabila usianya menginjak dua tahun. Malah ada yang sudah pandai mengucapkan kalimah memuji Allah swt dalam usia semuda itu.

4. Komunikasi
Selain solat, ibu hamil juga disarankan untuk mengucapkan kalimah-kalimah yang baik. Berbisiklah pada bayi di dalam kandungan dengan kalimah-kalimah suci memuji Tuhan. Yakinlah si anak mendengar dan mendoakan yang terbaik buat ibunya.

5. Membaca Al-Quran
Banyakkan membaca Al-Quran, bertahlil, berzanji, marhaban, berzikir, berselawat, berdoa dan amalan sunat yang lain agar zuriat yang lahir menjadi anak yang soleh dan solehah.

Surah Amalan Terbaik Ketika Mengandung
Ketika hamil, para ibu digalakkan membaca surah-surah dalam Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan harian. Antara surah-surah yang digalakkan untuk diamalkan sepanjang tempoh kehamilan ialah :
1. Surah Al-Fatihah
2. Surah Ayatul Kursi
3. Surah Yaasin
4. Surah Yusuf
5. Surah Maryam
6. Surah Luqman

Ibu Sihat, Anak Cerdas
Selain menjaga tingkah laku dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat, ibu hamil juga digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang tempoh kehamilan. Antaranya :
Telur – Kaya protein.
Ikan Salmon – Kaya sumber Omega-3
Kekacang – Tinggi serat dan protein.
Keledek – Sumber vitamin A, C, folat dan serat.
Bertih jagung atau sebarang biji-bijian – Tinggi nutrien dan serat, vitamin E, selenium serta phytonutrient.
Kacang walnuts – Kaya sumber Omega-3 (sebagai pengganti bagi yang tidak menggemari ikan atau telur.
Yogurt – Sumber kalsium.
Sayuran Berdaun Hijau – Kaya dengan sumber vitamin serta nutrien termasuklah vitamin A, C, K dan folat.

Oleh: Editorial PaMa

Buah delima amalan sunnah

Buah Delima Untuk Ibu Hamil

Rasanya ramai yang sudah mengetahui tentang khasiat yang banyak terdapat dalam buah delima terutama untuk wanita mengandung. Amalkan makan buah delima ketika anda mengandung, kerana khasiatnya yang bagus untuk ibu dan bayi seperti:

*Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung

*Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu

*Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan

*Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik

*Mencegah rasa mual


Bahkan ia turut dinyatakan dalam agama Islam seperti mana Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)dan 
“Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.” (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi).

Kajian di seluruh dunia oleh para pengkaji menemui manfaat kesihatan jus delima. Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pra matang disarankan mengamalkan pengambilan jus buah delima.

Ini dapat mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak yang disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam darah. Jus delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan bagi tumbesaran bayi yang sihat.

Asid folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat.

Kata orang tua-tua, ketika mengandung, ibu elok amalkan makan buah delima sebiji sampai habis jika mahu wajah anak berseri-seri. Tetapi rahsianya, buah delima tersebut tidak boleh dikongsi dengan orang lain.In sha ALLAH, muka bayi akan berseri-seri bila dipandang. 

Sumber: PaMa

Set Shaklee untuk ibu mengandung

Set penjagaan kehamilan lengkap.

Ibu sihat, anak sihat.

#Vitalea - multivitamin dan multimineral dengan tambahan iron
#Ostematrix - kalsium, vitamin D
#ESP - kalsium dan protein
#B complex - Vitamin B dan Asid Folik
#Sustained Released Vit C - Vitamin C

Pm saya, Zulaili Shalleh
atau sms/whatsapp: 014-5441066

Surah pilihan sewaktu mengandung

Surah-surah pilihan yang elok diamalkan sewaktu mengandung:

1. Surah al-Fatihah

Ibu mengandung digalakkan membaca surah al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwuduk, semoga zuriat yang dilahirkan memperoleh ilmu pengetahuan disamping dapat mengawal hati dan fikiran daripada perakra mazmumah


2. Surah Yusuf

Surah Yusuf telah diturunkan di Makkah dan mengandungi 111 ayat. Dinamakan Yusuf kerana hampir keseluruhan dipenuhi akan kisah Nabi Yusuf a.s yang bermula dari ayat 4 hinngga 101. Ibu yang sedang mengandung disarankan agar memperbanyakkan membaca surah Yusuf agar dikurniakan zuriat yang soleh, cerdik, tampan dan tabah menghadapi ujian


3. Surah Luqman

Dalam pengkisahan Luqman dengan anaknya, Allah SWT menegaskan tentang wajibnya manusia bersyukur akan segala nikmat yang telah dianugerahkan kepada mereka dan wajib menjauhi perkara syirik. Ibu yang mengandung dianjurkan supaya membanyakkan membaca surah Luqman agar bayi yang dalam kandungan akan dikurniakan kebijaksanaan akal fikiran dan hikmah yang tersirat apabila lahir ke dunia, inshaAllah.


4. Surah Maryam

Ibu yang sedang hamil disarankan untuk membanyakkan membaca surah Maryam agar bayi yang dilahirkan nanti mempunyai akal yang cerdas dan hati yang sabar dan cekal dalam menempuhi ujian. Amalan surah Maryam juga memudahkan ibu semasa melahirkan anak.


Dipetik dari Buku Amalan Surah Ibu Mengandung, terbitan Inteam Publishing Sdn Bhd

Friday, 15 November 2013

Amalan yang baik sewaktu hamil



1- Banyakkan bertaubat dan beristighfar. Setiap masa, dan di mana-mana sahaja

2- Banyakkan berdoa. Setiap hari selepas solat kita berdoa, juga jangan lupa waktu-waktu mustajab untuk berdoa. Contohnya ketika hujan turun.. Berdoalah sepenuh hati. Masa isteri nak melahirkan, suami bisikkan doa tertentu di telinga isteri. 

3- Puasa sunat. Setakat kemampuan. Jika isteri tak mampu, suami boleh cuba usahakan puasa sunat.

4- Solat wajib dan sunat. Bagi solat wajib, cuba banyakkan berjemaah, di awal waktu. Untuk solat sunat, banyakkan solat hajat dan solat taubat, jika ada kelapangan.

5- Banyakkan zikrullah sambil pegang perut. Sama juga macam beristighfar. Sambil-sambil buat kerja lain pun boleh diamalkan. Amalan ni InsyaAllah akan berikan kekuatan jiwa, akal dan fikiran. 

6- Banyakkan membaca Al-Quran. Lebihkan baca surah-surah tertentu untuk ibu mengandung. Contohnya Surah Yusuf, Surah Maryam, Surah Yassin, Surah Luqman dan Surah Hujurat. 

7- Baca buku-buku berilmiah. Contohnya kisah-kisah nabi, tokoh-tokoh sufi. Perdengarkan kepada baby dalam kandungan sambil berdoa pada Allah. 

8- Berbual-bual dengan baby dengan kata-kata yang baik-baik. 

9- Lakukan kerja-kerja ringan sebagai senaman. Buatlah sesuatu yang ringan. Contohnya sapu-sapu rumah sikit ke, kemas-kemas dapur sikit ke. Ini untuk memastikan otot-otot sentiasa bekerja dan Insya Allah dapat membantu memudahkan proses bersalin.

10- Jangan stress, hilangkan tekanan. Jauhkan diri daripada perkara-perkara yang mungkin boleh menyebabkan stress. Sentiasa senyum dan relax.

11- Jaga adab dan emosi. Ibu mestilah menjaga segala pertuturan dan tingkah laku sepanjang kehamilan. Sentiasa melakukan akhlak mulia.

12- Makan makanan yang baik-baik, halal zahir dan batinnya. Makan supplement jika perlu. Amalkan memakan makanan sunnah seperti susu kambing, kurma, kismis, madu, dll.

13- Jangan berdendam dan berdengki. Jauhi sifat mazmumah, nanti mempengaruhi sifat baby dalam kandungan.

14- Rajin mengukir senyuman. Maafkan semua orang

15- Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu.  

Semoga bermanfaat dan dapat diamalkan sepanjang tempoh kehamilan.

Monday, 11 November 2013

Get Clean Water Shaklee

Air yang bersih penting untuk menjadikan tubuh badan sihat dan terhindar daripada penyakit bawaan air.




7 Kebaikan air untuk kesihatan tubuh

Mari kita ketahui apakah keajaiban air dalam memberi kita kesihatan terhadap tubuh badan.
1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air.
Anda ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang.
Tukarkan air manis yang anda sering minum kepada air suam. Juga sebelum makan, minum sedikit air untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan cepat. Saya pasti anda juga pernah mengalami perkara yang sama apabila anda makan diselangi dengan air. Anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa.
Apabila anda minum air yang sejuk, badan anda akan cuba untuk meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam proses tersebut.
2. Air membantu meningkatkan tenaga anda.
Apabila anda berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih.
Terutama sekali ketika anda melakukan senaman mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan air sekiranya anda berasa haus. Sekiranya anda mempunyai cukup air, jantung anda tidak perlu bersusah payah untuk pam darah anda keseluruh badan.
3. Air mampu mengurangkan stres.
Seperti yang saya sebutkan, 70% hingga 80% badan anda terdiri daripada air. Sama juga seperti otak. Apabila anda mengalami dehidrasi (kekurangan air), badan dan minda anda juga turut stres.
Apabila anda berasa haus sahaja, itu memberikan signal yang anda mengalami dehidrasi.
Untuk memastikan anda kurangkan stres, sediakan segelas air di atas meja dan cuba untuk minum dengan lebih kerap.
4. Bentuk otot anda dengan air.
Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan.
Apabila anda minum air dengan cukup, anda mampu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.
5. Mencantikkan kulit anda.
Jika anda perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan minum air sebagai tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum Cina. Jika anda perasan setiap kali mereka ke sekolah, mereka pasti akan membawa satu botol air suam bersama mereka. Tidak kira masa.
Dan apabila diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan mempunyai kulit muka yang licin dan bersih.
Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan, menjadikan muka anda nampak lebih muda dan cantik.
Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.
6. Air melancarkan proses penghadaman.
Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman.
Apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk anda keluarkan sisa buangan badan.
7. Air mengurangkan pembentukan batu karang.
Kadar pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan ramai yang kurang minum air. Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan menyebabkan batu karang.
Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak pekat dan cair. Jadi, kurangkan risiko anda dengan minum banyak air!
Adakah anda minum air dengan cukup?
Melalui saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air. Dan air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral.
Sekiranya anda kuat bersenam, keperluan anda untuk minum air juga turut bertambah.



Jika anda berminat untuk mendapatkan penapis air Shaklee; Get Clean Water ini,
hubungi saya segera:
Zulaili